Rabu, 05 Desember 2012

Pistol & ALLAHU AKHBAR


Gambar bawah: masih di Poi Pet.
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Thai-Kemboja
MASIH di Poi Pet City.. di kedai makan Islam pagi itu, kira-kira 20 orang rombongan Jamaah Tablig dari Kampong Cham mampir makan. Mereka mengajak saya silaturahmi dan beriti'kaf di masjid di kampong itu. Saya datang pada mereka lepas sholat isyak. Akhirnya mereka ajak saya makan bersama-sama sambil berbincanng berbagi pengalaman.


Makan dengan tangan beberapa orang dalam satu nampan itu adalah biasa. Ada anak-anak muda yang hendak iti'khaf mulai memasang kelambu dalam masjid, mungkin kerana banyak nyamuk. Walaupun begitu masih ada yang berzikir dan wirid. Namun di luar masjid, hujan masih turun deras dan mulai membanjiri halaman masjid. Begitu, suatu tarbiah dan latihan pengorbanan dalam menyebarkan Islam, terutama di kawasan kampung-kampung yang dilanda kemiskinan.

Teringat cerita kawan saya semasa beliau belajar di Amerika Syarikat (AS) dan mengikuti gerakan Jamaah Tabligh di sana selepas berlaku peristiwa serangan September 11, 2001, yang di tuduh oleh Presiden Bush waktu itu adalah dari kumpulan Islam. Dalam suasana panas dan semangat balas dendam itu, gerakan Jamaah Tabligh terus digerakkan memberikan kepahaman di kalangan masyarakat Amerika. Katanya…

“Suatu hari saya membawa tiga orang jamaah tabligh menemui seorang lelaki Negro gangster yang memeluk Islam. Lelaki itu berada di tengah-tengah kelompoknya yang duduk di suatu meja. Dengan wajah-wajah menyeramkan, dan badan yang dipenuhi tato, apabila si tabligh ini menerangkan tujuannya, tiba-tiba seorang dari mereka bukan lelaki Islam itu mengeluarkan pistol membenamkan ke perut si tabligh itu, sambil berkata, “Kamu kata, God bless America!”

“Kamu yang kata Allahu Akbar!” Jawab spontan si tabligh itu dengan tegas dan keras. Tiada gentar dan takut.

Si Negro itu mengulangi lagi, tetapi dijawab oleh si tabligh itu dengan kata yang sama tetapi lebih tegas dan keras lagi, sehingga beberapa kali. Tetapi rupanya kata-kata Negro itu makin perlahan dan terasa tangannya yang memegang pistol itu mulai gemetar dan lemah.dan akhirnya pistol itu terlepas dari tangannya lalu terjatuh.

Kata si tabligh, “Sebenarnya kami ke sini untuk membawa perdamaian. Menerangkan ke Esaan Allah. Yang disampaikan oleh Rosulullah SAW,  Muhammad SAW, membawa risalah melalui Al-Quran agar keyakinan pada ALLAH dan kehidupan akherat!”

ucapan kata-kata yang membangkitkan semangat berfikir kepada kumpulan gangster di meja itu, akhirnya menyebabkan mereka memilih Islam.”

Jelas kawan saya pelajar di AS itu lagi yang kini sudah berada di Malaysia dan satu waktu berceramah di tv Malaysia. Katanya lagi…

Rupanya baru saya tahu si tabligh itu adalah seorang yang berpengalaman tinggi. Beliau adalah rakyat Amerika yang memeluk Islam, berpengalaman berdakwah dan tabligh kepada 3 kelompok rakyat Amerika…

i.Kepada ‘golongan hippies’ kelompok remaja,
ii..Kepada golongan kulit hitan yang tersesat, mereka menganggap kaum kulit hitam lebih mulia dari manusia lain di dunia,
iii..Dan kepada orang2 biasa, mendampingi orang-orang seperti Malcom X, Muhammad Ali bekas juara tinju dunia dan lain-lain.

Si tabligh itu juga turut pergi bertabligh hingga ke Pakistan dan pernah turut berperang bersama mujahaidin di Afghanistan. Kini menetap dan berdakwah di AS. Saya pernah bertanya pd beliau, sudah berapa banyak yang telah ber syahadat dan memeluk islam melalui beliau sepanjang lebih 30 tahun beliau berdakwah dan tabligh? Katanya, “…Yang saya ingat hingga ke angka 2,000 orang, setelah itu tak ingat lagi!” Jelas kawan saya itu lagi.

itulah sebuah kesungguhan kerja atau usaha membantu agama ALLAH SWT sesuai dengan yang di ajarkan Rosulullah SAW, dan bukan di lihat dari hasil banyaknya orang ikut tapi keyakinan kepada ALLAH masuk kedalam hati senjata/pistol tak dapat memberi mamfaat atau mudhorot tanpa kehendak ALLAH...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar